SST akan diperkenalkan semula – Kementerian Kewangan

0
214
Advertisement

KUALA LUMPUR: Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula sebagai sebahagian daripada program pembaharuan fiskal yang sedang dalam pelaksanaan.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan efisiensi serta mengurangkan ketirisan.

Selain itu, kementerian itu turun memaklumkan, harga minyak mentah dunia telah meningkat ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu 52 dolar setong.

Ini akan menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.

Selain itu, tanggungjawab fiskal, ketelusan  dan tadbir urus juga akan diberi keutamaan dalam program pelaksanaan program pembaharuan fiscal itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here