SST hanya merangkumi 38 peratus daripada Barangan dan Perkhidmatan CPI – Guan Eng

0
471
Advertisement

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak dinafikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal memberi impak, namun kesannya jauh lebih kecil berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menegaskan hari ini, pelaksanaan SST tidak akan membebankan rakyat seperti GST.

“GST merangkumi 60 peratus daripada Bakul Barangan┬ádan Perkhidmatan Indeks Harga Pengguna (CPI) berbanding SST yang hanya merangkumi 38 peratus daripada Bakul Barangan CPI,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Tambahnya, banyak lagi barangan dan perkhidmatan lain yang dikenakan GST namun tidak akan dikenakan SST.

“Contohnya (tidak akan dikenakan SST), susu formula bayi, caj doktor di hospital, motosikal bawah 250 cc, caj transaksi perbankan serta tiket wayang,” kata Lim.

Pada sidang media itu, beliau turut mengulangi kenyataan terdahulu yang dibuatnya di dalam Dewan Rakyat menyatakan sistem cukai GST adalah lebih telus berbanding SST.

Namun, katanya kepada pemberita, akibat kepincangan dalam sistem penebusan cukai (refund), ia menyebabkan impak yang besar kepada pengguna.

“Walau bagaimanapun, perincian perkara tersebut akan saya kongsikan pada suatu masa nanti.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk memahami SST bukan lebih buruk dari GST,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here