SST: Lebih masalah kepada pembekal berbanding pengguna – Pakar percukaian

0
60
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 1 September depan bakal memberi kesan yang lebih kepada pembekal berbanding kepada pengguna.

Ketua Unit Teknikal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Rozlan Mohamed Ali berkata, orang ramai perlu memahami sistem cukai ini dengan lebih mendalam.

Sebagai asas, Rozlan berkata, pengguna perlu faham di bawah SST, hanya satu cukai akan dikenakan, sama ada cukai jualan atau cukai perkhidmatan dan bukan kedua-duanya dikenakan serentak.

“Pelaksanaan SST ini tiada masalah yang ketara kepada pengguna, cuma mungkin timbulnya masalah kenaikan harga.


“Ia tertakluk kepada perkhidmatan tetapi pengguna juga harus meneliti cara mereka berbelanja.

“Kalau mereka memang makan di restoran yang bercukai perkhidmatan dan makan segera, mereka akan tertakluk kepada cukai perkhidmatan,” katanya.

Namun begitu, kesan yang lebih serius adalah kepada pemberi perkhidmatan, terutamanya restoran dan kedai yang beroperasi 24 jam untuk melaksanakan SST pada 1 September depan.

“Kesannya adalah lebih serius kepada pemberi perkhidmatan. Bermula 1 September, mereka sudah perlu mengenakan cukai perkhidmatan itu. Persediaan itu mungkin perlu dilakukan selewat-lewatnya seminggu sebelum 1 September iaitu minggu terakhir bulan Ogos.

“Mereka sudah perlu bersedia untuk membuat percubaan seperti pengeluaran invois yang dikenakan kepada pengguna. Hal ini untuk mengelakkan kemungkinan pengguna dikenakan dengan lebih ataupun pihak peniaga yang terpaksa tanggung cukai perkhidmatan yang gagal dikenakan kepada pengguna,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here