Stadium Shah Alam kekal venue final Piala FA 2017

0
213
Advertisement



PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) enggan berganjak daripada keputusan untuk mengekalkan final Piala FA, 20 Mei ini, di Stadium Shah Alam dan bukannya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Terdahulu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mencadangkan aksi final tersebut diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Bagaimanapun, selepas mengambil kira keadaan tempat letak kereta yang terhad di kawasan itu, terutama bagi penyokong, FAM dan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) enggan mengambil risiko mengubah venue perlawanan.

“Pihak FAM dan FMLLP telah melihat keadaan Stadium Nasional, malah kami juga didekati oleh pihak PSM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Tetapi, sudah tentu kami tidak boleh menggunakan stadium berkenaan ekoran keadaan tempat letak kereta yang tidak mencukupi memandangkan kawasan berkenaan sedang sibuk dengan kerja-kerja menaik taraf,” ujar Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Dalam perkembangan lain, Hamidin turut berharap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mampu mencari penyelesaian sewajarnya berhubung kemelut kewangan daripada mengambil keputusan terburu-buru keluar daripada Liga Malaysia (Liga M), musim depan.

Tegasnya, semua pasukan perlu memahami setiap peraturan yang telah ditetapkan, khususnya membabitkan aspek kewangan.

“Kami memahami ada pasukan-pasukan yang mengalami kegawatan kewangan, jadi mereka perlu melihat secara keseluruhan.

“Itu semua terpulang kepada persatuan tetapi kalau boleh, kami mahukan KAFA terus bertanding kerana mereka mewakili pasukan Kelantan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here