Status FB bukan mahu jatuhkan perniagaan

0
66



Kuala Terengganu: Pemilik akaun Facebook yang memuat naik nasi dan lauk mahal di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru, Chukai, mendakwa dia tidak berniat memburukkan dan menjatuhkan perniagaan kedai makan terbabit.

Mahu dikenali sebagai Syed Ikram, 30, dia berkata, gambar nasi dan lauk dirakamnya itu dimuat naik untuk perkongsian dengan kenalannya dan tidak sangka ia tular di media sosial pula.

Menurutnya, sebelum ini banyak status dimuat naik di Facebook, tetapi tidak tular dan terkejut kerana gambar berkenaan mendapat perhatian ramai.

“Saya berkongsi gambar di Facebook kerana terkejut dengan harga untuk sepinggan nasi itu. Saya hanya mahu dapatkan pandangan kenalan, tetapi ia tular pula serta mendapat reaksi netizen,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here