Status pendahulu Asia azimat Helmi

0
124
Advertisement



KUALA LUMPUR: Mohd Helmi Azman akan membawa gelaran pendahulu dalam kelas Underbone 150cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sebagai pencetus semangat mengharungi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di MAEPS, Serdang hujung minggu ini.

Pelumba Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing itu mempamer tunggangan cemerlang di peringkat Asia selepas meraih tiga podium, dua gelaran juara dan satu naib juara pada tiga pusingan yang sudah berlangsung setakat ini.

Namun aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix di Litar Tangkak awal April lalu menyaksikan Helmi hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20 dalam kelas perdana CP150 manakala rakan sepasukan, Mohd Fakhrusy Syakirin Rostam menemui penamat lebih baik di tangga kesembilan.

“Banyak perbezaan antara perlumbaan ARRC dan Cub Prix terutama daripada segi litar yang digunakan,” kata Helmi. “Begitu juga dengan pelarasan dan kawalan jentera.

“Tahun ini saya baru beralih pasukan dan di Tangkak, saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan jentera. Selepas beberapa pusingan di Asia, saya semakin serasi dengan jentera Honda yang digunakan.

“Walaupun penamat yang sedikit mengecewakan di Tangkak, saya yakin dapat mencapai keputusan lebih baik bersama rakan sepasukan yang lain. Saya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya dapat layak ke Superpole.”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here