Stok minyak sawit Malaysia turun 6.24 peratus pada Mac

0
71
Advertisement

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit Malaysia pada Mac 2018 susut sebanyak 6.24 peratus kepada 2.32 juta tan metrik daripada 2.48 juta tan metrik pada Februari 2018.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, stok minyak sawit mentah (MSM) turun sebanyak 13.89 peratus bulan ke bulan kepada 1.34 juta tan metrik daripada 1.56 juta sebelumnya.

Sementara itu, stok minyak sawit diproses meningkat sebanyak 6.79 peratus bulan ke bulan kepada 978,595 tan metrik daripada 916,334 tan metrik sebelumnya.

Pengeluaran MSM meningkat kepada 1.57 juta tan metrik bulan ke bulan daripada 1.34 juta tan metrik sebelumnya.

MPOB berkata pengeluaran isirung sawit meningkat kepada 404,924 tan metrik berbanding 340,708 tan metrik sebelumnya.

Sementara itu, eksport biodiesel pada Mac berkurangan kepada 24,373 tan metrik bulan ke bulan berbanding 34,875 tan metrik, manakala eksport minyak sawit meningkat kepada 1.57 juta tan metrik daripada 1.31 juta tan metrik.

Bagaimanapun, MPOB berkata, eksport minyak isirung sawit turun kepada 74,470 tan metrik daripada 108,106 tan metrik.

Eksport dedak isirung sawit susut kepada 132,448 tan metrik bulan ke bulan daripada 217,874 tan metrik, manakala eksport oleokimia meningkat kepada 273,870 tan metrik daripada 239,378 tan metrik. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here