Stormtrooper untuk tentera Russia [VIDEO]

0
40



PROTOTAIP seragam tempur bakal diguna tentera Russia yang berteknologi tinggi, kelihatan seperti Stormtrooper dalam filem Star Wars.

Pakaian itu dilengkapi rangka luar bagi ‘menambah kekuatan’ pemakai yang dikawal komputer seperti sut dipakai Channing Tatum dan Marlon Wayans dalam filem G.I Joe: The Rise of Cobra.

Seperti Stormtrooper, sut itu juga dilengkapi topi keledar berteknologi tinggi.

Menurut Daily Mail, sut tempur itu direka di Institut Penyelidikan Pusat Pembinaan Jentera iaitu pusat pembangunan senjata Russia di Moscow.

Timbalan Sistem Senjata institut itu, Oleg Chikarev, berkata pihaknya mahu menghasilkan sut berkenaan dalam masa dua tahun lagi.

Dijangka mula dihasilkan untuk kegunaan tentera Russia dua tahun lagi. – Foto RUPTLY

Russia juga sedang berusaha menggunakan lebih banyak robot dalam pasukan tenteranya, termasuk kereta kebal kawalan jauh yang sudah diuji April lalu.

Kereta kebal itu, Vikhr, dilengkapi merian 30mm dan enam peluru berpandu dipandu secara kawalan jauh menggunakan kamera video lensa lebar serta bantuan dron.

Tahun lalu, Pengarah Yayasan Penyelidikan Lanjutan Russia, Leftenan Jeneral Andrey Grigoriev, berkata: “Penggunaan robot akan lebih besar.

“Peralatan perang masa depan akan membabitkan pengendali dan mesin, bukan tentera yang saling menembak di medan perang.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here