Strategi AS terhadap Korea Utara berpusat pada sekatan

0
50



Pentadbiran Trump berkata semalam bahawa matlamatnya adalah untuk menekan Korea Utara menghentikan program nuklear dan peluru berpandu melalui sekatan keras antarabangsa dan tekanan diplomatik, dan pada masa yang sama kekal terbuka kepada rundingan bagi mencapainya.

Pendirian AS itu, yang dilihat memberi isyarat mengenai kesediaan untuk menggunakan saluran bukan ketenteraan walaupun memberi amaran berulang bahawa “semua pilihan dipertimbangkan,” dibuat dalam satu kenyataan ekoran taklimat luar biasa Rumah Putih kepada keseluruhan senator, yang diikuti taklimat kepada Dewan Perwakilan.

Kenyataan dari Setiausaha Negara Rex Tillerson, Setiausaha Pertahanan Jim Mattis dan Pengarah Perisikan Nasional Dan Coats menyifatkan Korea Utara sebagai “satu ancaman keselamatan nasional yang mendesak dan menjadi keutamaan dasar luar negara itu.”

Peningkatan ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara mungkin merupakan cabaran keselamatan yang paling serius yang dihadapi Presiden Donald Trump, yang telah berikrar untuk menghalang Korea Utara daripada mensasarkan Amerika Syarikat dengan peluru berpandu nuklear – yang keupayaan menurut pakar-pakar, mungkin boleh dimiliki Pyongyang selepas 2020

“Pendekatan presiden bertujuan untuk memberi tekanan kepada Korea Utara menghentikan program percambahan nuklear dan peluru berpandu balistik, dengan mengetatkan sekatan ekonomi dan langkah-langkah diplomatik dengan sekutu kami dan rakan-rakan serantau,” kata kenyataan itu.

“Amerika Syarikat mahu mewujudkan kestabilan, suasana damai bebas nuklear di semenanjung Korea. Kami tetap terbuka kepada rundingan ke arah matlamat tersebut. Walau bagaimanapun, kami tetap bersedia untuk mempertahankan diri kami dan sekutu-sekutu kami.” [Baca berita penuh]

– Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here