Strategi ikut keupayaan pemain

0
62



KETUA jurulatih baru Harimau Malaya, Nelo Vingada mengakui tidak mengamalkan atau terikat dengan satu falsafah bola sepak sebaliknya lebih gemar menerapkan corak permainan berdasarkan keupayaan pemain.

Biarpun ada segelintir jurulatih yang suka menggunakan satu falsafah seperti tiki-taka ataupun ‘total football’, pengendali dari Portugal itu dilihat selesa mengamalkan strategi biasa mengikut kesesuaian pasukan.

“Saya tak pernah harapkan yang luar biasa sama ada main cara itu atau cara ini. Saya boleh kongsikan kepada anda pengalaman ketika saya bergelar jurulatih kebangsaan Arab Saudi.

“Ketika itu kami (Arab Saudi) mempunyai dua penyerang bagus iaitu Sami Al-Jaber dan Saad. Kami mula bina pasukan dan mereka adalah tunjak kejayaan.

“Tetapi strategi berbeza saya gunakan ketika membimbing FC Seoul di Korea Selatan.

“Semuanya bergantung kepada kelebihan dan keupayaan seseorang pemain itu sama ada dia pantas, berani menggelecek ketika berepan satu lawan satu atau mempunyai mental yang kuat,” katanya ketika ditemui pada sidang media pertamanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Vingada, 64, yang baru tiba di Malaysia semalam akan memulakan tugasnya pada 28 Mei ini dan akan berentap mengharungi aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan di Stadium Larkin pada 13 Jun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here