Suami bunuh isteri, campak mayat dalam tangki kumbahan

0
49
Advertisement

JAWA BARAT: Seorang wanita dipercayai telah diseksa sebelum dibunuh oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Gugunungan, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut polis, mangsa, Nani Yuliati, 27 tahun telah dibunuh oleh suaminya sementara mayatnya dicampak ke dalam tangki kumbahan.

Memetik laporan portal Indonesia, Viva, kes pembunuhan tersebut terbongkar selepas pihak polis berjaya menemui mayat mangsa yang mulai busuk dari tangki kumbahan berkenaan.

Menurut penduduk kampung, suspek dikatakan mula menunjukkan kelakuan pelik beberapa hari sebelum kejadian.

Dia juga dikatakan menjerit serta mengamuk seperti orang sakit jiwa sambil di tangannya memegang parang dan memberitahu akan membunuh sesiapa sahaja.

Hasil bedah siasat menemui kesan lebam serta luka pada badan mangsa.

Motif sebenar pembunuhan masih disiasat. Bagaimanapun, suspek yang telah menghilangkan diri sejak beberapa hari lalu juga masih belum dapat dikesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here