Suami Izreen bakal cerai isteri pertama

0
76
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon, Izreen Azminda, Ude bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana Saleh setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Ude, 30 tahun, atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid dijangka melafazkan talak pada 22 Mac depan selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding hari ini.

Pemuzik bebas itu memfailkan permohonan cerai itu pada 30 November 2017 mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu, pada prosiding itu, peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memaklumkan anak guamnya, Ude dan Intan selaku defendan bersetuju bercerai secara baik.

Justeru, Mohd Zaidi memohon tarikh baharu bagi kedua-dua pihak berbincang menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian termasuklah nafkah dan hak penjagaan anak.

Ude hanya berdiam diri selepas diasak dengan pelbagai soalan daripada pemberita.

Pemuzik bebas itu mendirikan rumah tangga dengan Liana, 33, pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3 tahun dan Areq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, Liana dilaporkan rela bermadu dan akan mempertahankan rumah tangganya setelah mengetahui suaminya telah bernikah dengan Izreen pada  8 Ogos.

Izreen kemudiannya membuat pengakuan terbuka, dia sah menjadi isteri kedua Ude sejak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here