Suara dari 'syurga', netizen kongsi kesedihan pemergian vokalis The Cranberries

0
25
Advertisement

SELEPAS dunia digemparkan dengan berita pemergian vokalis kumpulan The Cranberries, Dolores O’Riordan, ramai netizen meluahkan rasa sedih menerusi media sosial.

Ramai yang berduka cita terhadap pemergian penyanyi yang dikatakan mempunyai vokal yang unik dan luar biasa itu.

Pengguna laman media sosial Twitter meluahkan rasa dukacita terhadap berita pemergian penyanyi tersebut apabila #RIPDoloresORiordan antara yang trending.

BACA: Vokalis kumpulan The Cranberries, Dolores O’Riordan meninggal dunia

Malah, pengguna Facebook turut membanjiri ruangan komen apabila kumpulan The Cranberries mewartakan pemergian vokalis mereka. 

O’Riordan, 46 tahun, dilapor menghembuskan nafas terakhir di London pada Isnin. Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum diketahui.

Kumpulan sensasi The Cranberries ditubuhkan di Limerick, Ireland pada 1989 dan mencipta fenomena di pentas muzik antarabangsa pada awal 1990-an.

Antara lagu kumpulan ini yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini ialah Zombie, Linger, Ode To My Family dan Dreams.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here