"Sudi tak arahkan Avengers 5?" – Anak Malaysia dapat 'tawaran' pengarah Marvel Studios

0
398
Advertisement

GARA-GARA tular video parodi trailer ‘Avengers: Infinity War’ yang dihasilkan untuk tugasan Bahasa Inggeris, sekumpulan penuntut kolej tempatan ditawarkan untuk mengarahkan filem ‘Avengers 5’.

Lebih menarik apabila tawaran itu datang sendiri daripada pengarah filem Avengers, Anthony dan Joe Russo.

“Aiman. Anda semua adalah genius. Sudi tak mengarahkan Avengers 5?” tulis pengarah terkemuka itu di Twitter dalam nada berjenaka.
 

Aiman Sany memuat naik klip video berkenaan di Twitter, kelmarin dengan mesej khusus kepada @MarvelStudios: “Who did it better?” (Siapa yang lebih bagus?). Parodi trailer ‘Avengers: Infinity War’ itu memaparkan petikan suara asal dan dilakonkan semula menggunakan prop dalam dorm seperti pinggan, penyepit kain dan bijirin Koko Krunch.

Anthony dan Joe Russo terkenal menerusi filem daripada komik Marvel seperti ‘Captain America: Winter Soldier’, ‘Captain America: Civil War’ dan ‘Infinity War’ yang bakal ditayangkan.

Video parodi yang dimuat naik pada 18 Mac lalu telah ditonton lebih 2.8 juta kali dan lebih 78,000 retweet.
 

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here