Sufian Suhaimi, Elfira Loy pilih Mac langsung pernikahan

0
423
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pasangan artis Sufian Suhaimi dan Elfira Loy selamat melangsungkan pertunangan mereka petang ini.

Majlis berlangsung kira-kira jam 4 petang di kediaman keluarga Elfira di Cheras.

Dalam majlis itu, Sufian menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Elfira.

Ditemui selepas selesai majlis, Elfira mengakui pertunangan akan menjadi fasa sukar untuk mereka, namun pelakon itu yakin kesabaran adalah kunci kepada keutuhan sesebuah perhubungan.

“Apa-apa pun berbalik kepada hati kita. Bila dah setuju untuk kahwin, saya kena terima buruk baik dia, begitu juga dia,” katanya.

Ditanya tentang perubahan hubungan mereka selepas bertunang, kata Sufian, apa yang penting adalah persiapan untuk menempuh alam rumah tangga kelak.

“Tentu sekali saya akan menggunakan tempoh pertunangan dengan mempersiapkan diri bukan sahaja untuk bergelar suami, tetapi juga anak dan menantu yang baik.

“Proses mengenali itu tidak mengambil masa sehari dua dan saya percaya, ia akan berterusan biarpun selepas berkahwin nanti,” ujar pelantun lagu balada “Terakhir” itu.

Berkenalan pada Jun tahun lalu, hubungan pasangan ini mula serius Mac tahun ini dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Mac tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here