Suka atau tidak Jumanji kini setaraf Titanic

0
163
Advertisement

BUKAN mudah sesebuah filem pembikinan semula mengatasi atau paling tidak pun setanding filem asal.
Ada saja perbandingan sama ada dari segi jalan cerita, pemilihan pelakon atau mutu pengarahan.

Ada yang gagal pancing penonton ada juga yang dipendekkan waktu tayangan kerana tak dapat sambutan. Paling mengecewakan ada yang langsung tak balik modal.

Namun tidak bagi Jumanji: Welcome to the Jungle (Jumanji 2). Ketika belum ditayangkan, tidak sedikit yang menjangkakan filem ini akan gagal menandingi versi asal Jumanji (1995) lakonan mendiang Robin Williams, baik dari segi kualiti apatah lagi populariti.

Namun tanggapan itu kini ternyata meleset. Ditayangkan serentak dengan filem blockbuster Star Wars:The Last Jedi, Jumanji masih gah menguasai carta pecah panggung di beberapa negara termasuk Malaysia.

Di Amerika Syarikat, filem baharu seperti Maze Runner: The Death Cure sekalipun tidak mampu mengoncang kedudukan Jumanji di takhta pecah panggung.

Ditayangkan sejak Disember 2017 dan kini di minggu pertama Februari, Jumanji 2 masih nombor satu di carta pecah panggung di Amerika Utara. Menyamai pencapaian filem Titanic 20 tahun lampau.

Antara yang paling gembira tidak lain tidak bukan pelakon utamanya, Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

The Rock turut menerima ucapan tahniah daripada rakan pelakon Josh Gad atas pencapaian luar biasa filem komedi aksi ini.

Setakat ini Jumanji 2 telah meraih kutipan AS$352 juta di Amerika Utara dan AS$505 juta di pasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan kutipan AS$857 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here