Suka duka penyokong Belgium

0
379
Advertisement



KEKALAHAN Belgium di separuh akhir Piala Dunia mencetuskan reaksi bercampur penyokong – sedih dan bangga – selepas `generasi emas’ terlepas peluang.

Jaringan separuh masa kedua Samuel Umtiti di Saint Petersburg memberikan kemenangan 1-0 kepada Perancis untuk tiket ke final di Moscow menentang England atau Croatia pada Ahad ini.

“Syabas @BelRedDevils kerana persembahan anda dan membuatkan kami teruja sehingga ke separuh akhir,” kata Perdana Menteri Belgium, Charles Michel menerusi akaun Twitter miliknya.

Reaksi kecewa penyokong Belgium dapat disaksikan di lokasi penyokong berhimpun apabila mereka tersingkir.

“Sungguh mengecewakan tewas kepada Perancis. Kita tidak bernasib baik,” kata Alice Cordier di zon penyokong Waterloo, selatan  Brussels.

“Namun kami tetap bangga,” kata penyokong berusia 27 tahun itu.

“Kami akan mendengar ia diperkatakan selama 100 tahun,” kata seorang penyokong.

“Perancis akan menjadikannya bahan ejekan kepada kami.”

Ia adalah kali kedua dalam sejarah Belgium mara ke separuh akhir, 32 tahun selepas Diego Maradona yang mengetuai Argentina menewaskan mereka di peringkat yang sama pada 1986.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here