Sukan Asia tanpa Iraq

0
43
Advertisement



IRAQ menarik diri daripada kejohanan bola sepak Sukan Asia di Jakarta bulan ini, mencetuskan kebimbangan terhadap saingan itu kurang dua minggu sebelum sepak mula acara terbabit.

Jawatankuasa Olimpik Iraq membatalkan penyertaan pasukan terbabit daripada acara berkenaan, menurut satu sumber di Baghdad dan keputusan itu membuatkan penganjur terpaksa menangani ketidak seimbangan pada fasa awal pertandingan itu.

Minggu lalu, Konfederasi Bolasepak Asia mengadakan undian semula perlawanan peringkat kumpulan untuk menambah Palestin dan Emiriah Arab Bersatu yang sebelum ini tiada dalam senarai penyertaan awal.

Ini bermakna dua daripada enam pasukan akan mempunyai lima pasukan berbanding yang lain dengan empat, namun penarikan diri Iraq itu bermakna satu kumpulan hanya beraksi dengan tiga pasukan iaitu China, Timor Leste dan Syria.

Majlis Olimpik Asia, penganjur Sukan Asia masih belum memberi sebarang komen.

Sumber Persatuan Bolasepak Iraq sebelum ini menafikan laporan bahawa pasukan itu akan disingkirkan daripada kejohanan itu dan persiapan skuad turut dilakukan susulan siapnya kem latihan di Erbil, di utara negara terbabit.

Awal minggu ini, pegawai bola sepak dikritik hebat atas pembabitan mereka dalam pemilihan pemain berusia untuk skuad Bawah 16 tahun selepas mereka ditahan di bahagian kawalan pasport ketika mahu menyertai pertandingan di peringkat serantau.

Penarikan diri skuad bola sepak Iraq itu mengikut jejak Filipina yang tidak menghantar skuad bola keranjang mereka ke Jakarta selepas pergaduhan dengan Australia di gelanggang sewaktu kejohanan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Kejohanan bola sepak di Sukan Asia bermula pada 10 Ogos dan mempertaruhkan pasukan yang terdiri daripada skuad berusia 23 tahun ke bawah. Jurulatih turut dibenarkan memilih tiga pemain senior. – Reuters

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here