Sukri gementar

0
185
Advertisement



KUALA LUMPUR: Meskipun sudah beraksi tiga edisi Sukan Asia, Mohamad Sukri Abdul Mutalib tetap tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar menjelang edisi seterusnya di Jakarta, bulan depan.

Menurut kapten skuad negara itu, temasya kali ini sangat berbeza bagi mereka kerana tanggungjawab yang dipikul oleh cukup besar, iaitu memastikan dapat meraih pingat emas sekali gus mara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Kali ini memang saya rasa lain sedikit. Pertamanya saya sendiri akan hadir ke Sukan Asia dengan kali pertama menggalas tugas selaku kapten.

“Hakikatnya tekanan itu memang sangat tinggi tetapi saya akan cuba memastikan segala-galanya berjalan dengan baik.

“Keduanya, skuad kali ini tampil selaku pasukan pilihan yang dilabel mampu memenangi pingat atau dengan kata lain mesti bawa pulang pingat,” katanya.

Jelas Sukri, ia jauh berbeza berbanding sebelum ini yang menyaksikan Malaysia sering dilabel selaku pasukan bukan pilihan.

“Ketika itu, kalau kami dapat melakukan kejutan ia sudah satu pencapaian yang membanggakan.

“Tapi kali ini kami memang disasarkan untuk bersaing tempat ke final. Jadi kami tiada pilihan selain perlu berikan yang terbaik pada setiap perlawanan,” katanya.

Skuad negara yang ketika ini dalam fasa terakhir melakukan persiapan ke Sukan Asia, akan berlepas ke Australia esok bagi mengadakan lima perlawanan persahabatan dengan pasukan ranking pertama dunia itu.

Pada saingan di Jakarta itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Pakistan, Bangladesh, Oman, Thailand dan tuan rumah, Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here