Sultan Brunei raikan jubli emas dengan sambutan mewah

0
610
Advertisement
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei meraikan tahun ke-50 di atas takhta dengan sambutan mewah termasuk perarakan yang berkilauan, disertai 21 das tembakan dan upacara di istana baginda yang berhias emas.

Upacara meraikan Sultan Hassanal Bolkiah – yang melibatkan baginda menyertai perarakan khas menaiki kerekuda diraja di hadapan rakyat – adalah antara peristiwa penting bagi menandakan jubli emasnya.

Sultan Brunei, 71, yang merupakan raja kedua terlama memerintah, menaiki takhta di negara kesultanan di pulau Borneo tersebut pada bulan Oktober 1967.

Selama lima dekad, baginda bertakta dalam pemerintahan monarki mutlak yang jarang wujud di dunia ini. Sepanjang tempoh itu, Brunei memperoleh kemerdekaan sepenuhnya daripada Britain seterusnya berjaya menaikkan taraf hidup rakyatnya menjadi antara yang tertinggi di dunia disebabkan rizab minyak dan gas.

Perayaan hari ini bermula dengan Sultan dan Permaisuri baginda menyaksikan perbarisan pengawal diraja, diikuti dengan tembakan hormat senapang. 

Kompleks bangunan istana berwarna putih dengan hampir 1,800 bilik serta berkubah emas itu akan dihadiri oleh tetamu anggoa kerabat diraja dan menteri.

menaiki takhta di negara kesultanan kecil di pulau Borneo tersebut pada bulan Oktober 1967.

Kemuncak perayaan jubli yang berlanjutan selama dua minggu itu merupakan perarakan melalui ibu kota, Bandar Seri Begawan.

Pasangan diraja Brunei akan berangkat dalam kereta kuda yang dihiasi emas dan akan disambut 80,000 rakyat yang akan membanjiri laluan.

Pasukan pancaragam dan anggota angkatan tentera juga akan turut serta dalam perarakan meriah tersebut.

Pemimpin-pemimpin Asia Tenggara dan keluarga diraja Asia Barat akan menghadiri jamuan negara pada hari Jumaat untuk menyambut perayaan jubli berkenaan.

Antara ahli pemimpin negara yang turut serta ialah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, Presiden Indonesia Joko Widodo, pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Brunei, dengan populasi penduduk kira-kira 400,000, diperintah oleh keluarga diraja yang sama selama 600 tahun.

Aksi meriah kumpulan kanak-kanak dengan pakaian seragam yang turut meraikan upacara perarakan Sultan Brunei di jalanan. - Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here