Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven

0
41

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini merupakan pemegang saham kedua terbesar di dalam kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven).

Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.

Sultan Johor kini memiliki 8.44 peratus atau 93.7 juta saham di dalam syarikat 7-Eleven.

Tan pula memiliki 41.27 peratus saham 7-Eleven.

Berjaya Group pula bukan lagi pemegang saham yang besar di syarikat ini setelah menjual jutaan saham mereka dalam 7-Eleven sejak kebelakangan ini.

Sultan Ibrahim dan Tan adalah rakan kongsi yang lama. Bersama, mereka memiliki REDtone International Berhad (51.71 peratus Berjaya Corp, Sultan Johor 17.9 peratus), U Mobile Sdn Bhd (Tan 21 peratus, Sultan Johor 15 peratus).

Pada 1 Ogos, 7-Eleven telah melantik Ho Meng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Gary Thomas Brown yang meletak jawatan pada awal Julai.

Ho Meng pernah memegang pelbagai jawatan di 7-Eleven, termasuk sebagai pemangku CEO dan juga pengarah bukan eksekutif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here