"Super duper talented!" – Peminat puji Idayu tiru suara Michael Jackson dan Rahmat Ekamatra

0
103
Advertisement

SELAIN menyanyi dan mempunyai vokal yang mantap, pemenang AF Megastar, Idayu mempunyai bakat dalam ‘meniru’ suara artis.

Idayu memuat naik video nyanyiannya meniru vokal beberapa artis terkenal seperti Mariah Carey, Michael Jackson, Noraniza Idris dan Rahmat Ekamatra di laman YouTube.

Video bertajuk ‘Viral Idayu Mimic Stars – Part 1’ itu mendapat pujian peminat yang kagum dengan bakat dan kebolehan Idayu.

Menariknya, kebolehan Idayu meniru suara penyanyi lelaki seperti Michael Jackson dan Rahmat Ekamatra membuatkan peminat terkejut!

“Kasi trending wei. Aku suka part Rahmat Ekamatra,” tulis seorang pengguna YouTube bernama Shamiel Sharib.

“Super duper talented! Suka part Noraniza Idris dan Rahmat Ekamatra. Mariah Carey tu tak boleh disangkal lagi, memang makanan Idayu. Jom viralkan video ini,” tulis MZ.

Peminat juga memohon agar Idayu segera muncul dengan album terbaru.

“Power! Mohon buat album jangan sia-siakan bakat. Gunakan komposer yang hebat,” tulis Tarsh Nufaeel.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here