Surat SPR: Pemuda AMANAH minta tarik balik jika tulen

0
107



Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat pengesahan mengenai surat yang kononnya dikeluarkan oleh setiausaha suruhanjaya, Datuk Abdul Ghani Salleh bagi menghentikan edaran salinan daftar pemilih tambahan kepada parti politik.

Jika surat itu tulen, Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan menggesa SPR untuk menarik balik perintah tersebut.

“Jika ia (surat) adalah benar, kita berasa sangat kecewa dan menggesa supaya ia ditarik balik supaya adil kepada kami, parti-parti pembangkang,” kata Mohd Sany kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum Pemuda AMANAH kepada SPR di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, hari ini.

Gambar surat itu yang bertarikh 18 April telah menjadi tular di media sosial.

Surat tersebut kononnya menyatakan SPR tidak lagi akan menyediakan salinan daftar pemilih tambahan untuk semua parti politik, sama ada dalam bentuk buku atau cakera.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here