Suri rumah melecur kediaman terbakar

0
60



Keningau: Seorang suri rumah melecur di badan dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran memusnahkan kediamannya di Kampung Bakiau, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa, Asmah Langkihang, 55, berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan penduduk.

Asmah kemudian dibawa ke Hospital Keningau dengan bantuan jirannya untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu dan kini dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Mudi Pangiran berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.20 pagi berhubung kebakaran itu sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis dua tingkat separa kayu musnah 100 peratus dalam kejadian itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here