Survey Pengharaman Niqab di New Zealand – Fakta Sebenar

Survey Pengharaman Niqab di New Zealand. Sehari dua ini, heboh pula mengenai Survey laman web Yahoo New Zealand mengenai pengharaman Niqab terutama di laman social Facebook. Walaubagaimanapun, adakah anda sudah kaji terlebih dahulu kebenarannya?

Pengharaman Niqab di New Zealand

Pihak kami cuba untuk mendapatkan kepastian tentang hal ini, dan telah mendapat jawapannya dari Facebook juga.

1) Vote ini telah dilancarkan hampir dua tahun lalu, sejak 17 Julai 2010.

2) Sejak beberapa jam memerhati, bilangan vote adalah statik tidak berubah. (31438 votes). Berkemungkinan besar ianya sudahpun expired/dibekukan, justeru klik lah NO berapa banyak sekalipun ianya tetap tidak akan berubah.

3) Walaubagaimanapun, isu ini adalah real dan imminent. Anda dicadangkan untuk “berkenalan” dengan Richard Prosser http://en.wikipedia.org/wiki/Richard_Prosser

4) Mengetahui dan mendalami sesuatu isu adalah WAJIB sebelum berbuat sesuatu tindakan. Adalah tidak boleh diterima akal apabila ditanya “Macam mana terjadi isu veil banning kat NZ tu?”, akhirnya dijawab “Entah, diorang share survey kat yahoo, aku pun share jela”. Ingat firman Allah melalui Al-Hujurat ayat 6 serta perintah Allah di dalam Al-Isra’ ayat 36.

5) Beberapa tahun dahulu pernah timbul isu yang sama, yang meminta umat Islam mengundi di antara Palestin dan Israel yang mana akhirnya terbongkar ianya hanyalah penipuan untuk mendapatkan wang melalui khidmat pengiklanan. Seorang muslim tidak jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali!

6) Saya menyeru rakan-rakan sekalian agar menjadi mukmin yang bukan hanya sensitif, tetapi teliti dalam menyemak sesuatu isu sebelum menyebarkan. Kita tidak mahu umat Islam menjadi umat yang “gullible”, mudah dijentik dan kuat melatah.

Mohon sebarkan.

Leave a Comment