Suspek insiden tembakan di pasar raya Walmart ditahan

0
26

COLORADO: Suspek utama dalam insiden tembakan di pasar raya Walmart di Denver yang menyebabkan tiga orang terbunuh telah ditahan polis.

Scott Ostrem, 47, ditahan awal pagi Khamis waktu tempatan, kira-kira 14 jam selepas dia melarikan diri dari tempat kejadian dengan menggunakan kereta curi.

Polis Thornton menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Jurucakap polis, Victor Avila berkata siasatan mendapati tiada unsur pengganas dalam kejadian pada malam Rabu itu.

Namun, tambahnya, motif sebenar suspek masih dalam siasatan.

Dua lelaki maut di dalam pasar raya Walmart tersebut yang terletak 16 kilometer di utara Denver. Seorang wanita pula meninggal ketika menerima rawatan di hospital susulan kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here