Suspek kes pemerdagangan buah pinggang ditahan

0
51


Ketua Polis (Antipemerdagangan Manusia) Phnom Penh, Keo Thea

PHNOM PENH: Dua warga Kemboja ditahan atas tuduhan pemerdagangan manusia sekurang-kurangnya 10 penderma organ ke India bagi tujuan pemindahan buah pinggang secara haram.

Ketua Polis (Antipemerdagangan Manusia), Keo Thea, berkata suspek masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan ditahan Rabu lalu kerana terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pemerdagangan buah pinggang dalam tempoh beberapa tahun lalu.

“Suspek dipercayai membayar penderma organ warga Kemboja sebanyak AS$5,800 (RM24,810) untuk menyerahkan buah pinggang mereka dan kemudiannya mengenakan caj melebihi AS$40,000 (RM171,100) kepada penerima organ.

“Proses pemindahan organ dijalankan di India,” katanya.

Thea berkata, suspek mengaku bersalah kerana melakukan kesalahan itu dan akan dihadapkan ke mahkamah, hari ini. -AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here