Sweden buntu sebelum ke Russia

0
57
Advertisement



STOCKHOLM: Sweden berdepan satu lagi kekecewaan apabila Peru yang turut menyertai Piala Dunia mengikat mereka seri tanpa jaringan pada aksi pemanas badan terakhir mereka di Gothenburg.

Mereka gagal menemui gawang di Stockholm ketika berdepan Denmark Sabtu lalu, dan sekali lagi bergelut di depan gol ketika Sebastian Larsson meraikan cap ke-100 dengan menjadi kapten skuad Janne Andersson.

Peru yang berhasrat mahu mengecewakan tuan rumah, mempunyai peluang terbaik pada 45 minit pertama namun Viktor Claesson hampir meletakkan Sweden di depan sebelum tamat separuh masa pertama dengan sepakan gunting menakjubkan.

Dengan Paolo Guerrero mengetuai serangan, Peru membalasnya dengan serangan pantas sebaik mendapat bola.

Sweden dikejutkan pada pertengahan separuh masa kedua apabila penjaga gol utama mereka Robin Olsen, yang tidak beraksi hampir sepanjang musim bunga akibat retak tulang selangka, jatuh terhentak namun selepas menjalani rawatan dia berupaya meneruskan permainan.

Andersson pastinya gembira melihat pemain tengah yang sering mengalami kecederaan Albin Ekdal melakukan hantaran sempurna namun kelihatannya jurulatih Peru Ricardo Gareca lebih gembira pada wisel penamat.

Sweden memulakan kempen Piala Dunia di Russia menentang Korea Selatan pada 18 Jun sebelum menentang Jerman dan Mexico dalam Kumpulan F.

Peru memulakan kempen Kumpulan C menentang Denmark pada 16 Jun disusuli Perancis dan Australia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here