Syafinaz bawa ibu ke Istana Negara saksi penganugerahan pingat

0
439
Advertisement
KUALA LUMPUR: Mengakui bahawa ibu adalah tulang belakang sepanjang kerjayanya, penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat,45, membawa ibunya ke Istana Negara bagi menyaksikan penganugerahan Pingat Mahkota Wilayah yang diterimanya pada Khamis lalu.

Pingat yang membawa gelaran Datuk itu telah disampaikan oleh Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menghargai sumbangan dan bakti beliau kepada Industri Seni Negara.

“Sebagai pendidik, saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik dan penganugerahan ini tentunya membakar semangat saya untuk memberikan lebih lagi terutamanya kepada generasi muda yang akan datang.” kata Syafinaz..

Syafinaz hadir bersama ibunya (kiri dalam gambar) sewaktu menerima Pingat Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

Beliau turut menegaskan bahawa muzik bukan hanya hiburan semata-mata malah ia adalah sebuah ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan dan membangkitkan semangat jati diri seseorang.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ingin Bersamamu itu merupakan pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal ‘master’ untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

Syafinaz menegaskan bahawa muzik bukan hanya hiburan semata-mata malah ia adalah sebuah ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan dan membangkitkan semangat jati diri seseorang

Beliau juga terlibat sebagai konduktor untuk koir Permata Seni dan pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.

Syafinaz adalah antara 370 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008.

Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here