Syafiq Kyle bintangi tiga filem pada tahun 2018

0
59
Advertisement

WAJAH tampan pelakon Syafiq Kyle bakal menghiasi pawagam tahun 2018 dengan tiga filem lakonannya.

Selesai membintangi filem Langsuir bersama Hannah Delisha yang dijangka muncul tahun 2018, Syafiq bakal menjengah dua set filem lain pada tahun ini.

“Untuk tahun 2018, saya sangat teruja menanti kemunculan lakonan saya di layar perak. Selepas selesai bergandingan dengan Hannah dalam filem Langsuir arahan Osman Ali, saya bakal membintangi dua filem lagi.

“Saya belum boleh mendedahkan lagi tajuk filem tersebut kerana semuanya masih dalam proses akhir. Insya-Allah, saya akan berusaha lebih bersungguh-sungguh pada tahun 2018 dan mahu mengembangkan sayap lakonan di peringkat yang lebih tinggi,” kata Syafiq.

Pelakon drama bersiri Mencintamu Mr. Photographer ini juga mahu berusaha lebih keras untuk membanggakan hati peminat yang tidak henti menyokong.

“Tahun 2017 berakhir dengan indah. Saya gembira kerana usaha saya membina nama sebagai pelakon membuahkan hasil.

“Semuanya berkat doa keluarga dan peminat yang tak berhenti menyokong. Saya menanamkan tekad untuk berusaha dengan lebih kuat bagi membanggakan semua peminat yang tidak henti menyokong,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here