Syamsul Yusof tak mahu mengarah bersama Syafiq dalam satu filem

0
560
Advertisement

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof mengakui enggan untuk mengarah bersama-sama adiknya, Syafiq Yusof dalam menghasilkan sebuah filem.

Menurut Syamsul, perkara itu dilakukan kerana enggan mempunyai percanggahan pendapat dan idea dalam pengarahan.

“Saya tidak mempunyai perancangan untuk mengarah bersama Syafiq kerana saya percaya sesebuah filem itu tidak boleh diarahkan oleh dua orang individu.

“Jika sesebuah filem itu diarahkan oleh dua orang individu, pastinya akan wujudnya pertembungan idea.

“Ini kerana, seseorang pengarah itu mempunyai kuasa veto dalam menentukan keputusan, jadi bila ada dua pengarah sudah pastinya sukar untuk mendapat kata sepakat.

“Ini kerana setiap daripada kami mempunyai pendapat yang berlainan dan biarlah saya dan Syafiq mengarahkan filem masing-masing kerana itu yang terbaik,” katanya kepada Astro Gempak.

Syamsul berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Syamsul Yusof filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here