Syarikat penerbangan tambang murah Colombia mahu penumpang berdiri?

0
53

SEBUAH syarikat penerbangan tambang murah di Colombia sedang mempertimbangkan cadangan untuk membuat penumpang berdiri semasa penerbangan.

Ia agar lebih banyak penumpang boleh menaiki penerbangan dan lebih ramai rakyat Colombia boleh berjalan dengan tiket yang dijual dengan harga berpatutan. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VivaColombia memberitahu akhbar Miami Herald bahawa beberapa pihak sedang melakukan kajian jika penumpang boleh berdiri semasa dalam penerbangan.

“Kami sangat berminat dengan apa sahaja cadangan untuk membuat penerbangan murah.

“Siapa kisah jika tiada sistem hiburan di dalam pesawat, siapa kisah jika ia bukan lantai marmar dan penumpang tidak dapat kacang percuma,” katanya kepada akhbar berkenaan.

Cadangan untuk membuat penumpang berdiri bukan baru kerana ia pernah disuarakan oleh syarikat pengeluar pesawat terkemuka dunia Airbus pada 2003 dan juga syarikat penerbangan Ryanair pada 2010.

Ryanair mencadangan kerusi sedia ada digantikan dengan kerusi seperti kerusi bar (bar stool).

Namun pihak Civil Aviation Authorities tidak setuju dengan cadangan ini dan tidak pernah meluluskan kerusi sebegini.

“Sesiapa yang pernah menaiki pengangkutan awam tahu bahawa ia tidak selamat jika penumpang berdiri,” katanya, dipetik dari laman web The Independent.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here