Syatilla Melvin, Shaheizy Sam timang bayi lelaki

0
81



PELAKON Syatilla Melvin selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki kira-kira jam 10 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi bersama suaminya, Shaheizy Sam, melalui laman instagram @samtilla, yang bersyukur dengan kehadiran cahaya mata mereka.

Ibu mertua Syatilla, Khaty Fauziah, telah berkongsi sekeping foto bersama menantunya itu sebelum memasuki bilik bersalin, dengan kapsyen: “Alhamdulillah. Selesai sudah. Hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki #samjunior. Tahniah anakanda Shaheizy Sam dan Syatilla.”

Syatilla juga sempat berkongsi sekeping gambar dalam Instagramnya bersama suaminya, ketika berada di dalam bilik bersalin.

“30 minit yang lepas. Alhamdulillah syukur ya Allah!! Thank you sayang @shaheizy_sam,” ujar kapsyen.

Syatilla dan Saheizy mendirikan rumah tangga Februari tahun lalu.

Astro AWANI mengucapkan tahniah kepada pasangan popular itu atas kelahiran bayi sulung mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here