Syatilla tak boleh berenggang dengan anak

0
12


KUALA LUMPUR: Terlalu melindungi anak, pelakon Syatilla Melvin mengaku tidurnya diganggu mimpi yang menunjukkan dirinya risau dengan keselamatan si kecil.

Mengasuh anak sendirian tanpa bantuan orang gaji, isteri Shaheizy Sam ini menyedari sikapnya yang terlalu melindungi anak dalam apa keadaan sekalipun.

“Boleh dikatakan dalam tempoh 24 jam, saya menghadap anak saja. Saya jadi terlalu melindungi dirinya.

“Saya selesa menjaga anak tanpa khidmat pembantu rumah. Malah, saya tak terfikir mengupah pembantu rumah.

“Dalam mimpi juga saya boleh risau memikirkan jika anak dijaga orang lain… Begitu sekali tahap saya bimbangkan anak sendiri,” katanya kepada BH Online.

Akui Syatilla, cerita ‘ngeri’ membabitkan pembantu rumah dan anak majikan yang dilaporkan media membuatkan dirinya takut menyerahkan Syeriv Shaheizy yang sudah berusia dua bulan, kepada orang lain.

“Cerita ‘ngeri’ membabitkan pembantu rumah membuatkan saya jadi takut jika dibiarkan anak kepada orang lain… Itulah yang menghantui tidur saya,” katanya.

Biarpun sudah lama tidak berlakon, Syatilla berkata, kehadiran Syeriv tidak memendamkan minatnya terhadap dunia seni.

“Ketika ini, saya tak tergamak meninggalkan atau berjauhan dengan anak. Suamipun okay dan lebih suka jika saya terus menjadi ibu sepenuh masa.

“Mungkin tunggu anak besar sedikit baru saya fikirkan soal lakonan,” katanya.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here