Syed Alwi dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank baharu

0
177
Advertisement

KUALA LUMPUR: Agrobank, sebuah bank milik kerajaan dengan mandat membangunkan sektor pertanian milik kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (P/CEO) Agrobank. 

Pelantikan yang berkuat kuasa pada 2 April 2018 ini telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Tuan Syed Alwi mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan dan kewangan Islam dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri ini di dalam dan luar negara.  Sebelum ini, beliau telah memegang jawatan pengurusan kanan di beberapa buah bank seperti Bank Muamalat Malaysia Berhad, BNP Paribas, Standard Chartered Saadiq Berhad, The Islamic Bank of Asia Limited dan HL Bank Singapura.

“Dalam tahun 2015, Agrobank telah menjadi institusi perbankan Islam sepenuhnya yang menyediakan perkhidmatan dan produk perbankan Islam bagi memenuhi industri makanan halal dan aktiviti perniagaan berasaskan agro atau pertanian.

Tuan Syed Alwi merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam industri perbankan Islam.  Pihak Lembaga Pengarah Agrobank yakin  beliau merupakan pemimpin yang sesuai untuk memimpin Agrobank untuk fasa seterusnya terutamanya dalam meneraju transformasi Bank ke peringkat yang lebih baik lagi,” kata Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank.

Bercakap mengenai pelantikan beliau, Syed Alwi berkata, “Saya dengan rasa rendah diri, dan berbesar hati diberikan kepercayaan dan amanah untuk memimpin Agrobank dalam fasa penting perkembangan Bank. Agrobank telah menunjukkan prestasi yang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini di bawah transformasi fasa pertama serta dilihat mempunyai  strategi kukuh dalam memacu kejayaan bank. 

“Kejayaan Agrobank kini adalah hasil inisiatif kempimpinan bank sebelum ini dan usaha warga kerja Agrobank kini.  Fokus saya kini adalah untuk meneruskan momentum kejayaan yang ada dan pada masa yang sama memastikan kami terus memberi tumpuan dengan mewujudkan impak positif kepada pihak berkepentingan Bank termasuklah para pemegang saham, kakitangan, masyarakat dan persekitaran kami.”

Tuan Syed Alwi mempunya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana kelas pertama dalam Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here