'Syed Saddiq biadap, budak hingusan dalam politik'

0
52



Penyelaras gerakan Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersikap biadap apabila menggesa naib presiden parti itu, Datuk Hamidah Othman meletakkan jawatan.

Menyifatkan Syed Saddiq sebagai “budak hingusan” dalam politik , Khairuddin berkata cabar mencabar tidak akan dapat menyelesaikan masalah dan kemelut yang melanda BERSATU.

“Reaksi budak hingusan Syed Saddiq ini akan membuatkan lebih ramai rakyat jelata bertambah menyampah dengan parti BERSATU nanti.

“Cabar mencabar bukan caranya untuk selesaikan kemelut terkini dalam PPBM (BERSATU). Budak hingusan ini jangan terlalu angkuh kerana dia terlibat dalam politik hanya setahun jagung saja,” kata Khairuddin merujuk kenyataan Syed Saddiq seperti dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today.

Antara lain, Syed Saddiq menuduh Hamidah mendalangi tindakan kira-kira 1,000 ahli BERSATU Perak keluar daripada parti itu baru-baru ini.

[Berita penuh menyusul]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here