Syukur Allah izinkan ku bernafas… – Lah Ahmad

0
42
Advertisement
PENYANYI popular, Lah Ahmad menerima sebuah pembesar suara mudah alih sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38, pada 9 Mac lalu.

Lebih bermakna, hadiah itu merupakan pemberian istimewa daripada isteri tersayang.

“Thank you to wifey. Best birthday gift ever. Alhamdulillah.

“Lepas ni boleh bluetooth dengar audio-audio yang lazat dan berkrim. Portable Marshall bluetooth speaker. Thank you sayang!,” kongsinya di Instagram (IG) sambil disertai #marshall, #portablespeaker dan #birthdaygift.

Instagram Lah Ahmad

Bekas ahli kumpulan VE ini juga menzahirkan kesyukuran atas nikmat dan kurniaan dari Yang Maha Esa.

“Syukur ALLAH izinkan ku bernafas ulang tahun kali ini. Dan syukur atas segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan sepanjang kehidupan ku.

“Jatuh bangunku. Pencapaianku. Kemenanganku. Adalah semuanya dengan atas izin-Mu Ya ALLAH. Alhamdulillah,” luahnya.

Malah, pelantun Salam ini menyedari masih banyak yang perlu didalami bagi menambah ilmu di dada sebagai usaha mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Birthday ku kali ni. Alhamdulillah. Aku diperingatkan tentang dekatnya kita dengan mati. Senafas lebih dekat. Sehari lebih dekat.

“Tambahkan amal ibadahku. Tetapkan imanku dalam mengharungi hari-hari ku. Dekatkan ku pada Sang Pencipta. Mudahkan urusan ku sekeluarga. Semoga kita semua sama mendapat keberkahan dalam setiap amalan ibadah dan diredhai ALLAH sentiasa.

“Jangan kita gembira di dunia dengan amalan kecil. Tetapi berbahagialah kita di akhirat nanti dengan amalan yang disukai ALLAH,” luahnya.

Pada masa sama, Lah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya.

“Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga buat semua yang wish birthday. Thank you all for the birthday wishes. Each and everyone of you has been a big part of my journey.

“Terima kasih semua yang wish. Semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH. Thank you,” tulisnya sambil disertai #salam, #lahahmad #birthdayboy dan #peringatanbuatdirisendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here