Tahanan Palestin akhiri mogok lapar

0
73



Ramallah: Ratusan banduan Palestin di penjara Israel yang mengadakan mogok lapar sejak 17 April lalu menamatkan mogok beramai-ramai mereka selepas perjanjian yang diusahakan Palang Merah tercapai, menurut sumber Palestin dan Israel.

Kira-kira 30 daripada lebih 800 pemogok lapar terbabit dimasukkan ke hospial sejak beberapa hari lalu selepas keadaan mereka tenat, meningkatkan kebimbangan mengenai pertempuran lebih buruk dengan pasukan tentera rejim Zionis di Tebing Barat, wilayah Palestin yang dijajah Israel.

Penganalisis Palestin menganggap persetujuan itu sebagai kemenangan kepada tahanan Palestin selepas rejim Israel sebelum ini berulang kali berikrar tidak akan berunding dengan tahanan itu.

Ketua hal ehwal tahanan Pihak Berkuasa Palestin, Issa Qaraqe berkata, persetujuan itu dicapai selepas rundingan selama 20 jam antara pegawai Israel dengan ketua pemogok, Mar-
wan Barghouti, tokoh yang disanjung penduduk Palestin tetapi amat dibenci oleh Israel.

Israel dalam rundingan itu bersetuju memenuhi tuntutan tahanan berkenaan untuk membolehkan mereka dikunjungi dua kali sebulan oleh keluarga masing-masing.

Ketika mengulas mengenai keputusan rundingan itu, penganalisis Abdel Majid Sweenem berkata: “Kita masih perlu melihat sama ada Israel akan menghormati persetujuan berkenaan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here