'Tahniah! anda wira kami Les Bleus…'

0
448
Advertisement



SKUAD juara dunia Perancis menerima sambutan wira sejurus tiba ke tanah air ketika ribuan peminat memenuhi Champs Elysees bagi mengikuti perarakan meraikan kejayaan mereka di Moscow. 

Perancis muncul juara buat kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2 pada aksi final, semalam dengan pemain remaja, Kylian Mbappe meletakkan dirinya sebagai salah seorang bintang bola sepak terkemuka di dunia biarpun baru berusia 19 tahun.

Berjuta-juta peminat membanjiri jalan raya bagi meraikan kejayaan Perancis muncul juara dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing, mengibar bendera Perancis, manakala Menara Eiffel dan Arc de Triomphe pula disinari cahaya biru, putih dan merah yang juga warna kebangsaan.

Peminat membanjiri Champs Elysees sejak awal pagi, lokasi yang digunakan sebagai lokasi pasukan kebangsaan Perancis yang diarak dengan menggunakan bas tidak berbumbung.

“Kami benar-benar berbangga dengan pasukan ini, mereka menjadi pemain kami yang sebenar,” kata seorang peminat, Priscilla Lagneaux, 28 yang setia menunggu. “Kami perlu melihat mereka, dan juga piala itu.”

Pemain-pemain menerima sambutan penuh meriah di Lapangan Terbang Charles De Gaulle termasuk diberikan penghormatan ‘water salute’ oleh pihak bomba.

Ramai pengkritik meletakkan fokus kepada usaha menunjukkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak Perancis yang dianggotai pelbagai kaum termasuk Mbappe and Paul Pogba yang berasal dari Afrika dari lokasi sering diabaikan dan terbiar di Paris.

Pengarang akhbar Liberation, Laurent Joffrin, berkata mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan “di sebuah negara republik yang kita kasihi: bersatu dan pelbagai, patriotik dan terbuka, negara tanpa nasionalisme.”

“Kebahagiaan tanpa penghujung,” tajuk akhbar sukan Perancis L’Equipe, manakala akhbar mingguan Journal du Dimanche, menerbitkan edisi khas di Paris untuk meraikan kejayaan pasukan Perancis dengan tajuk “Menuju Bintang.”

Enam stesen metro di Paris pula, dinamakan semula sebagai tanda penghormatan kepada enam pemain tonggak utama – dengan perhentian Victor Hugo – penulis terkenaan era abad ke-19 – dinamakan sementara sebagai Victor Hugo Loris iaitu ketua pasukan dan penjaga gol Perancis Russia.  

Dua lagi stesen pula dijadikan dedikasikan sempena nama jurulatih Didier Deschamps, yang pernah menjadi ketua pasukan Perancis ketika muncul juara Piala Dunia pertama kali, pada 1998.

Deschamps yang menjadi individu ketiga selepas, Mario Zagallo dan Franz Beckenbauer memenangi Piala Dunia selaku jurulatih dan pemain berkata kemenangan di Russia “sama besar dan cantik” seperti kejayaan pada 1998..

“Ada dua perkara utama. Pertama 23 pemain ini akan bersama-sama sepanjang hayat mereka, dan mulai sekarang mereka bukan lagi orang yang sama kerana sudah bergelar juara dunia.”

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang turut menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow, akan meraikan kejayaan itu bersama 1,000 kanak-kanak di istana presiden. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here