Tahniah! Wany Hasrita dah lulus, kini graduan Sains Perubatan

0
28

PENYANYI Wany Hasrita akhirnya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Perubatan (MSU), Shah Alam semalam.

Pada istiadat konvokesyen itu, Wany atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah, 24, turut ditemani keluarganya.

“Alhamdulillah saya sangat gembira sebab penat lelah selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil. Cuma sedikit sedih sebab ayah tak dapat hadir majlis konvokesyen saya sebab bekerja.

“Sepanjang bergelar artis saya tidak ada berdepan masalah dalam pelajaran sebab promosi dan persembahan semuanya selepas habis praktikal dan peperiksaan,” kata pelantun lagu Menahan Rindu itu.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here