Tak balik selepas bergaduh

0
51



Kuala Lumpur: “Pulang la Ifah. Mak, ayah dan adik-beradik yang lain merindui kamu, lebih-lebih kini kita sedang menyambut Aidilfitri dan bermaaf-maafan,” rintih Abdul Azis Mohd Siddik, 53, susulan kehilangan anak perempuannya, Nur Zarifah Abdul Azis, 16, sejak 15 Jun lalu.

Abdul Azis berkata, anaknya keluar daripada rumah seminggu sebelum Aidilfitri lalu dan tidak pulang walaupun pada hari raya baru-baru ini menyebabkan mereka sekeluarga bimbang.

“Pada hari dia keluar daripada rumah di PPR Sri Semarak, Air Panas, Setapak, di sini, saya bekerja di pejabat di Jalan Ampang. Ketika itu dua anak saya berusia sembilan dan 25 tahun bersama isteri, Zaleha Ahmad Kahar, 48, berada di rumah.

“Saya difahamkan dia keluar jam 4.30 petang selepas berlaku salah faham dengan kakak sulungnya. Sebaik saya pulang ke rumah jam 5 petang, Ifah belum pulang lagi,” katanya.

Bagaimanapun anaknya yang belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak, tidak muncul hingga kini.

Katanya, dia buntu untuk mencari Ifah selepas pelbagai usaha mengesan anak perempuannya gagal dan khuatir dengan keselamatannya.

“Saya risaukan keselamatan Ifah lebih-lebih lagi dia perempuan. Saya tidak tahu di mana dia sekarang, apa yang dia makan.

“Saya takut dia bercampur dengan rakan yang negatif. Balik la Ifah, semua orang merindui kamu dan kita bermaaf-maafan sempena Aidilfitri ini,” katanya.

Abdul Azis berkata, pengetua sekolah tempat anaknya belajar sudah menghubunginya kerana hampir dua minggu Nur Zarifah tidak hadir ke sekolah.

SHARE
Previous articleSemburan maut
Next articleMengapa nak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here