Tak jejas moral atlet

0
396
Advertisement



KETIADAAN kem latihan pusat untuk kontinjen negara yang bertanding pada Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan depan tidak akan menjejaskan semangat dan motivasi atlet.

Ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi percaya semangat atlet tetap membara untuk menggegar temasya itu kerana persatuan sukan sudah memainkan peranan masing-masing bagi membantu mereka terutamanya aspek moral.

“Bagi saya ketiadaan kem latihan pusat tidak akan menjejaskan semangat pasukan serta moral kerana setiap persatuan mempunyai sesi bersama atlet untuk meningkatkan motivasi dan semangat mereka.

“Kita berpuas hati kerana persatuan turut memberi kerjasama termasuk memberi semangat kepada atlet masing-masing.

“Ketiadaan kem latihan pusat juga disebabkan kebanyakan atlet termasuk hoki dan beberapa sukan lain berada di luar negara untuk menjalani latihan,” kata Abdul Azim pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama skuad hoki, hari ini.

Abdul Azim berkata, disebabkan ketiadaan kem latihan pusat dan sukar untuk mendapatkan tarikh, pihaknya juga mencadangkan agar majlis penyerahan Jalur Gemilang diadakan dari pagi hingga petang dengan diisi ceramah motivasi daripada wira-wira sebelum ini sebelum disusuli penyerahan bendera.

“Kita harap majlis itu akan dapat membantu meningkatkan lagi semangat juang atlet,” katanya.

Sukan Asia dijadual berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here