Tak malu walaupun kalah – Honda

0
378
Advertisement



KEISUKE Honda berkata, negaranya sudah ada perancangan jangka panjang untuk masa depan walaupun tersingkir daripada Piala Dunia dengan cara yang kejam oleh Belgium, hari ini.

Skuad kendalian Akira Nishino mendahului 2-0 di Rostov-on-Don hasil jaringan Genki Haraguchi serta Takashi Inui dan dilihat mampu ke suku akhir buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Namun, Belgium bangkit dan menukar keputusan pada minit ke-94, menerusi jaringan kemenangan oleh Nacer Chadli untuk mara ke penentuan lapan terbaik dan bakal berdepan Brazil.

Sekali lagi Jepun gagal menang di pertembungan kalah mati Piala Dunia, selepas kegagalan selaku tuan rumah bersama pada edisi 2002 dan 2010.

Namun Honda, seorang daripada pemain generasi terhebat Jepun yang kini berusia 32 tahun, berkata, kekalahan itu tidak sepatutnya dibandingkan ketika kekalahan menerusi penalti di tangan Paraguay pada peringkat sama di Afrika Selatan, lapan tahun lalu.

“Pada ketika itu, pasukan kami terdiri daripada 90 peratus pemain beraksi di Jepun dan hanya tiga atau empat bermain di Eropah,” kata Honda yang masuk dari bangku simpanan ketika berdepan Belgium.

“Kami hanya bermain hantaran jauh dan kami tidak boleh mengawal bola, kami tidak mampu membuat peluang seperti hari ini, jadi kita tidak boleh bandingkannya.

“Hari ini, kami menunjukkan bagaimana bola sepak Jepun sudah meningkat.”

Honda bagaimanapun menunjukkan tanda dia semakin hampir menamatkan karier antarabangsa ketika sudah mencipta 100 kaps.

“Saya mungkin menamatkan karier bersama pasukan kebangsaan, namun saya gembira kerana ramai pemain muda sudah mengikut jejak kami.

“Dan, saya rasa mereka akan mencipta sejarah baru untuk bola sepak Jepun,” kata bekas pemain CSKA Moscow dan AC Milan itu yang kini bermain di Mexico.

Majoriti pemain dibawa ke Russia oleh jurulatih, Nishino berpangkalan di Eropah dan Honda berharap kelab dari benua itu akan melihat lebih dekat ke Liga J, pada masa depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here