Tak menentu

0
73



Kuala Lumpur: Nasib penyerang kontroversi Selangor, Francis Forkey Doe masih menjadi tanda tanya apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tetap menjalankan pemilihan pemain import sepanjang tempoh jendela perpindahan berakhir pertengahan bulan depan.

Menurut pengurus pasukan Red Giants, Abdul Rauf Ahmad, setakat ini status awang import kelahiran Liberia itu masih lagi bersama skuad Merah Kuning dengan perancangan untuk memburu penyerang berwibawa masih lagi dijalankan.

“Ya, sebelum ini memang ada perancangan untuk memperbaiki jentera serangan pasukan yang dilihat gagal berfungsi hingga menyukarkan kami meraih jaringan walaupun pasukan menguasai permainan.

“Forkey Doe penyerang yang bagus tapi kemarau jaringan sedikit merisaukan pasukan. Kebetulan pula dia terpalit dengan isu penangkapan baru-baru ini, mungkin tempatnya sikit terancam.

“Tapi hingga ke hari ini, dalam sesi pemilihan yang kami buat pemain import semuanya tidak memuaskan. Jadi saya masih terbuka menanti jika ada penyerang luar yang ingin mencuba nasib dengan keutamaan pasukan mencari penyerang baru,” katanya kepada Arena Metro.

Setakat ini, Selangor sudah memiliki empat pemain import Ugo Ukah, Andik Vermansyah, Juliano Mineiro dan Forkey Doe.

Berdasarkan situasi semasa, pengendali Selangor P Maniam mungkin terpaksa menggugurkan nama Forkey Doe bagi memberi laluan kepada penyerang baru yang lebih berpotensi untuk menyumbangkan gol buat pasukan.

Malah sebelum ini bekas penyerang FELDA United itu pernah diberi amaran ekoran kes penangkapannya oleh pihak berkuasa selepas didapati beesalah menggunakan kereta klon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here