Tak perlu angkut semua bantuan guna kapal AS

0
168
Advertisement


WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump membatalkan rancangan untuk mengenakan perintah eksekutif yang memerlukan semua bantuan makanan negara itu diangkut menggunakan kapal milik Amerika Syarikat.

Khamis lalu, Reuters melaporkan Trump sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan perintah yang akan meningkatkan penggunaan kapal Amerika Syarikat kepada 100 peratus berbanding hanya 50 peratus sebelum ini.

Pengerusi Hubungan Luar Negeri Senat Parti Republikan, Senator Bob Corker mengesahkan maklumat mengenai perintah itu tetapi berkata, beliau sudah membincangkan masalah itu dengan Trump.

Corker berkata, Trump memahami bahawa peralihan itu akan meningkatkan kos pembiayaan bantuan makanan dan menyebabkan lebih banyak orang kelaparan.

“Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau memahami bahawa memperluaskan keutamaan kargo akan menaikkan kos bantuan makanan dan menyebabkan lebih ramai orang kelaparan di seluruh dunia,” kata Corker dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel.

Corker sudah bertahun-tahun cuba memperbaharui program bantuan makanan Amerika Syarikat, termasuk dengan menghapuskan keutamaan kargo.

Dalam kenyataannya, beliau berharap dapat bekerjasama dengan Kongres dan pentadbiran untuk mencapai ‘pembaharuan yang sudah lama tertangguh’. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here