Tak sabar beraksi

0
54



Montreal: Bekas pemain nombor satu dunia Maria Sharapova (gambar) membuat kemunculan semula selepas penggantungan doping 15 bulan, diberikan penyertaan wildcard pada kejohanan WTA Toronto, umum Tennis Canada, semalam.

Bintang Russia berusia 30 tahun itu, yang menjuarai lima gelaran Grand Slam, enggan menerima tiket wildcard daripada penganjur Terbuka Perancis namun Maria berkata, dia akan bermain dalam kelayakan Wimbledon, memerlukan tiga kemenangan untuk mara ke undian utama.

Maria akan melakukan penampilan pertama di Kanada sejak 2014 pada Piala Rogers dari 7 hingga 13 Ogos depan, sebagai kejohanan pemanas badan menjelang Grand Slam terakhir, Terbuka AS, yang bermula pada 28 Ogos.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke Kanada,” kata Maria. “Saya mempunyai beberapa memori hebat bermain di Toronto sebelum ini dan kejohanan itu serta peminat sering mengujakan. Ini satu daripada kejohanan besar tahun ini dan saya berharap dapat memperagakan aksi terbaik minggu itu.”

Maria dikenakan penggantungan dua tahun selepas diuji positif meldonium pada Terbuka Australia 2016, namun Mahkamah Timbang Tara Sukan mengurangkan penggantungan itu selepas rayuan.

Maria, yang menduduki ranking ke-173 di dunia, kembali ke jelajah di Stuttgart bulan lalu, layak ke separuh akhir.

Persembahan terbaiknya di Kanada hadir pada 2009 apabila dia layak ke final di Toronto. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here