Tak sabar nak anak kedua – Syatilla

0
752
Advertisement



PELAKON, Syatilla Melvin, 27, mengakui dia dan suami, Shaheizy Sam sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

“Kami memang rasa nak cepat untuk ada anak kedua dan kini sedang berusaha,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Syatilla dan Sam tidak pernah meletakkan apa-apa sasaran mahu pun terlalu merancang.

“Rezeki anak itu adalah rahsia Allah. Kami tidaklah terlalu merancang atau apa, tapi kalau ada, kami terima.

“Kalau belum ada rezeki, kami cuba usaha lagi. Walaupun keluarga kecil kami hanya bertiga, ia tetap meriah juga sebenarnya,” katanya.

Tambahnya, dia juga bersyukur kerana keluarganya dan keluarga sebelah suami adalah keluarga besar.

“Keluarga kami adalah keluarga besar dan sentiasa meriah. Jadi, kami sekeluarga tak pernah ada rasa sunyi,” katanya.

Perkahwinan Syatilla dan Sam dikurniakan cahaya mata, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here