'Tak salah untuk lantik Tun M, Azmin dalam Khazanah' – Wan Azizah

0
34
Advertisement

KUALA LUMPUR : Pelantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd, tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pelantikan tersebut dilihat bersesuaian dengan tanggungjawab mereka untuk menarik pelaburan.

“Saya lihat tiada masalah kerana ia merangkumi bidang pengkhususan Khazanah untuk menarik pelaburan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut berkata, keputusan pelantikan tersebut akan dibincangkan dengan lebih mendalam di peringkat pimpinan PH.

Dr Wan Azizah diminta memberi respon kepada kritikan sesetengah pihak yang menyifatkan pelantikan Dr Mahathir dan Mohamed Azmin sebagai bertentangan dengan manifesto PH.

Dalam manifesto mereka, PH telah berjanji tidak akan melantik ahli politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi individu yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Khazanah Nasional ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here