Tak semua penduduk Pos Tohoi mahu pindah, kata aktivis

0
52



Beberapa aktivis Orang Asli percaya Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Tohoi, Zainal Chali tidak mewakili kebanyakan orang-orang kampung apabila mendakwa mereka bersedia untuk berpindah.

Menurut Timbalan Setiausaha Jaringan Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) Jamali Ayau, Zainal tidak membincangkan perkara itu dengan penduduk di Pos Tohoi.

Satu laporan oleh Utusan Malaysia memetik Zainal sebagai berkata 200 buah keluarga Orang Asli di kawasan itu bersedia untuk memberi laluan terhadap projek empangan Nenggiri.

Zainal mendakwa penduduk bersetuju memilih Kampung Kuala Yai sebagai penempatan baru mereka sekiranya projek itu diteruskan dan mereka akan berpindah dari Pos Tohoi jika kerajaan setuju dengan syarat mereka.

“Zainal tak dapatkan maklum balas daripada masyarakat itu. Sebelum rancang sesuatu, dia sepatutnya membincangkannya dengan masyarakat tersebut bagi melihat apa keputusan mereka,” kata Jamali kepada Malaysiakini.

Terdahulu, dilaporkan kira-kira 200 buah keluarga Orang Asli akan kehilangan rumah mereka apabila kawasan yang merentangi 5,834 hektar akan dibanjiri bagi projek empangan berkenaan.

Jamali berkata JKOASM masih belum mengkaji kesan daripada projek berkenaan, tetapi kumpulannya telah menerima bantahan daripada masyarakat Pos Tohoi.

“Kami akan tanya mereka seorang demi seorang sama ada mereka bersetuju dengannya atau tidak dan sebab-sebabnya,” katanya.

[Baca berita penuh]

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here