Tak terima diejek gemuk, Mariah Carey kongsi foto terbaharunya

0
46
KECOH beberapa hari lalu apabila penyanyi Mariah Carey dikatakan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak sehingga mencecah lebih 100 kilogram (kg).

Berita berat badan Mariah, 47, itu telah mengejutkan ramai pihak termasuk peminatnya apabila kegemukan yang dialami itu telah mengakibatkan dia sukar untuk berjalan.

Bagaimanapun laporan itu dikatakan adalah palsu, malah disangkal oleh salah seorang teman rapat Mariah.

Penyanyi lagu My All itu juga dikatakan bengang dengan gosip yang tersebar itu.

Lantaran Mariah dilihat sengaja memuat naik sekeping foto di Instagram (IG) yang menunjukkan keadaan terkininya dengan gayanya yang hot dan seksi ketika mengenakan dress berwarna hitam yang menampakkan belahan dadanya.
 
Menerusi foto tersebut, sambil tersenyum, Mariah dicium oleh teman lelakinya, Bryan Tanaka.

Foto itu dipercayai dirakam ketika mereka menikmati makan malam di sebuah restoran di Beverly Hills, baru-baru ini.

Terdahulu, Mariah dikhabarkan  harus didukung untuk naik turun pentas ketika tampil di Caesar Palace pada pertengahan Julai lalu.

sumber: allure.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here